My Favourite Blog List

IKAN TERUBUK SARAWAK
.
Ikan Terubuk Sarawak adalah salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak. Para pelancong terutamanya dari Semenanjung pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan bandaraya Kuching.

KENAPA IKAN TERUBUK POPULAR?
.

Walaupun ikan terubuk mempunyai tulang yang banyak tetapi ianya amat menyelerakan bila digoreng dan dicecah kuah asam. Resepi pilihan 1 . Resepi pilihan 2

Ini adalah keadaan di Pasar Ikan Satok. Disinilah tempat orang menjual ikan terubuk. Ikan terubuk yang terdapat disi adalah yang diimport, manakala ikan terubuk yang asli hanya ada pada bulan Jun yang datangnya dari daerah Sebuyau dan Sebangan. Sekarang ini penjual terubuk telah berpidah ke Medan Niaga Satok Kubah Ria.




Memandangkan ikan terubuk begitu popular dikalangan pelancong maka kami menyediakan kaedah pembelian secara ONLINE kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya lagi. Disamping itu kami itu kami juga memberi peluang niaga kepada sesiapa yang ingin berniaga Ikan Terubuk Sarawak.

SET PILIHAN IKAN TERUBUK (kemaskini DEC 2017)


 Set A - 200 - 250 gm   = Rm 20 - 2 ekor ikan  (Saiz Sederhana)
Set B - 250 - 300 gm  = Rm 25 - 1 ekor ikan  (Saiz Sederhana)
Set C -300 -350 gm  = Rm 30 - 1 ekor ikan  (Saiz Besar)


PROSES JUAL BELI

1. Pembeli pilih dan sahkan order 
2. Penjual timbang untuk tentukan kos pos laju
3. Pembeli bank in kos ikan dan kos pos laju
4. Penjual buat penghantaran
5. Pos Laju track & trace shipment

Anggaran Kos Poslaju






Contoh pembelian : Pilihan A  untuk 4 set = Rm 80 ( 8 ekor ikan)

Kos penghantaran (Pos Laju) RM 35.00 - 2 Kg (Kuching > KL)

Nota: Jumlah berat ikan bergantung kepada saiz dan bekalan ikan di pasaran semasa

Harga Ikan Rm80 + Kos pos laju Rm 35 = Total Rm 115


Anggaran untung niaga...

Harga KL/Shah Alam = 1 ekor (250 gm) - Rm 15 ke Rm 18
.

Bakal pelanggan yang dicari : Persendirian, syarikat katering, pengusaha restoran, penjaja pasar malam dan sesiapa saja yang berminat.

Sekiranya berminat sila hubungi kami, terima kasih.


Email ke : jutawanmuslim7@gmail.com

Atau wassap ke : http://bit.ly/2H1NKbV


Semoga berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan selamat menjamu selera


VIDEO RESEPI IKAN TERUBUK SELEBRITI YOUTUBE SINGAPORE


KLIK GAMBAR UNTUK RESEPI IKAN TERUBUK STIM





KLIK GAMBAR UNTUK RESEPI IKAN TERUBUK BAKAR




INFO IKAN TERUBUK

Kaedah 'beku sperma' dikaji elak terubuk Sarawak pupus
MELUDAM (SARAWAK) 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia untuk membuat kajian ke atas sperma ikan terubuk Sarawak ataupun nama saintifiknya, Tenualosa Toli yang kini dilaporkan semakin diancam kepupusan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata, selepas kejayaan penyelidikan ke atas sperma ikan air tawar seperti kelah di Sungai Pahang dan temoleh di Sungai Perak, kini tumpuan akan diberikan kepada ikan terubuk di Batang Lupar, Sarawak.

''Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Negeri Sembilan baru-baru ini telah berjaya membuat satu penemuan baru dalam kajian mereka iaitu berjaya membekukan sperma ikan kelah dan temoleh yang mungkin mampu disimpan untuk tempoh beratus tahun,'' katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Meludam 2009 di sini semalam.

Rohani berkata, ketika ini spesies ikan terubuk di negeri ini dikatakan semakin pupus akibat aktiviti penangkapan ikan terubuk yang tidak terkawal dan kaedah tradisional.

Katanya, harga ikan terubuk dan telurnya yang tinggi di pasaran telah menarik minat ramai nelayan untuk menangkap ikan tersebut walaupun ketika ia sedang bertelur.

Tambahnya, sebelum ini Jabatan Pertanian Sarawak telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan ikan terubuk Sarawak tidak pupus, antaranya melarang nelayan menangkap ikan terubuk ketika musim ia bertelur.

''Ikan terubuk hanya mampu membiak dalam persekitaran liar dan bukannya dalam kolam,'' katanya.

Ikan terubuk Sarawak terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah juga mendapat permintaan yang tinggi di Semenanjung dengan harga sekitar RM15 hingga RM30 sekilogram untuk yang masih mentah manakala terubuk masin pula dijual sekitar RM10 hingga RM20 seekor bergantung kepada saiz.

Sementara itu, Rohani yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau akan memberi tumpuan terhadap pembangunan nelayan dengan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Noh Omar menumpukan kepada pembangunan petani manakala pembangunan penternak dikendalikan seorang lagi timbalan menteri, Datuk Johari Baharom. - BERNAMA
Lagi info tentang Ikan Terubuk Sarawak : Klik disini



Followers